PENGENALAN

AA GOLD RICH BULLION SDN BHD 202301002147 (1496066-D) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputera islam sepenuhnya. Diasaskan oleh Tn. Hj. Mohd Azri Azhim Bin Noor Azmi. Beliau memulakan perniagaan emas pada tahun 2012 dengan menubuhkan syarikat Enterprise yang dikenali dengan nama AA GOLD TRADING & MARKETING. AA GOLD merupakan pembekal sah (Authorised Dealer PAMP) sejak tahun 2014. AA GOLD juga menjalankan perniagaan emas secara online dan offline. Pada Penghujung tahun 2022, AA GOLD telah berjaya membuka satu Kedai Emas bagi memudahkan urusan jualbeli emas kepada semua ahli AA GOLD dan pelanggan di sekitar Lembah Klang.

OBJEKTIF

Menyediakan produk, platform dan ekosistem yang lengkap bagi urusan jualbeli emas fizikal secara 'offline' dan ‘online’ dengan sistem E-Commerce yang dipercayai, mudah, dan selamat untuk diakses setiap masa.

MISI

1) Mensasarkan 10,000 Premium Member AA GOLD pada setiap tahun dengan memberi nilai tambah dan keistimewaan kepada Members AA GOLD.

2) Menjadikan AA GOLD sebagai 1stopcentre untuk pelbagai jenama goldbar dan dinar yang baru dan circulated item dengan harga yang sangat berpatutan dan murah.

3) Mendidik masyarakat untuk menyimpan emas fizikal tulen yang lebih terjamin dari segi nilainya untuk jangka masa panjang

VISI

Menjadi sebuah syarikat emas fizikal milik bumiputera islam Nombor Satu di Malaysia

PRODUK

AA GOLD telah mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu 1 Dinar, 1g dan 0.25g Gold Bar AA GOLD yang berketulenan 999.9. Selain itu, produk kami adalah jongkong emas PAMP SUISSE dari sekecil 1 gram sehingga sebesar 1 kilo bar. AA GOLD juga menyediakan perkhidmatan membeli semua emas pada harga yang sangat kompetitif.

PENUTUP

Emas adalah Aset (Aurum Asset) dan juga matawang sebenar yang kalis inflasi di dunia ini. Mengambilkira faktor tersebut, kami amat yakin bahawa emas akan kekal relevan dan berharga sepanjang zaman.